Isnin, 27 September 2010

JENIS-JENIS BAJA

Terdapat lima kumpulan baja di pasaran iaitu:-

1. Baja Tunggal

Ialah baja yang mengandungi satu jenis unsur pemakanan di dalam satu jenama  
baja.ContohnyaUrea, CIRP dan lain-lain

2. Baja Campuran

Ialah baja yang dicampurkan daripada banyak jenis baja lain untuk memberi kombinasi
tertentumengikut kehendak pengeluar baja tersebut. contohnya NPK padi campuran dan 
lain-lain.

3. Baja Sebatian.

Ialah baja yang di buat dengan proses tertentu untuk sebatikan bahan kimia atau organik
tersebut bagi mendapatkan kombinasi unsur yang dikehendaki.contohnya NPK Green,
NPK Blue dan lain-lain.

4. Baja Organik

Ialah baja yang berasal daripada hidupan seperti Najis haiwan, ikan, sisa tanaman, darah,
kompos dan lain-lain

5. Baja Semburan

Ia juga dikenali sebagai baja daun, batang dan akar, Oleh kerana is digunakan melalui
semburan pada daun, batang dan akar. biasanya baja ini mudah larut dalam air
contohnya TMS SUREXT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan